Followers

Monday, October 13, 2014

WWE LIVE 2014 KUALA LUMPUR DAN KEPUTUSAN.



Salam kepada semua pembaca .
Wwe melawat datang ke Malaysia.
Dengan setelah 12 tahun tidak datang di Malaysia.
Peminat Malaysia yang dahagakan wwe datang di Malaysia akhirnya tercapai.


Promosi telah di adakan di Paradigm Mall.
Dan The Mizz telah mempromosikan WWE live yang akan datang 10 dan 11 Oktober 2014.
Serta The Mizz telah berlakon bersama Oh My English slot yang hebat.

Aku telah beli tiket bersama kawan aku. Harga tiket dalam RM 128. Tiket yang paling murah boleh dapat.

Aku beli tiket dalam tarikh 11-10-14 jatuh hari Sabtu. Beli tiket tu dalam hari tu jugak.
Setelah dapat tiket. Tunggu punya tunggu dalam, 5.40 petang baru boleh masuk dalam stadium tertutup putra Bukit Jalil.

Teringat kenangan di Stadium utama , kenangan AFF 2012 Malaysia menentang Indonesia , kesudahan Malaysia menang 2-0 .


Perlawanan pembukaan WWE live John Cena Vs Briat Wyat , John Cena agak epic.. Terbaik tengok John Cena secara live, walaupun aku minat CM Punk. John Cena Menang.




Pastu Fatal 4 Way , Sincara Vs Bolieve Vs sami zayn Vs adrian neville .
Ni pon boleh la, Pertahankan kejuaraan NXT champion. Adrian Neville menang.




Tag team Los Matadores menang lawan Slater Gator.  Big menang dengan The Mizz, walaupun aku kecewa dengan keputusan. AJ Lee mempertahankan Diva Champion dan tumpaskan Paige. Kofi Kingston dan Big E kalahkan Luke Harper dan Erick Rowan. Sheamus kalahkan Seth Rollins dalam main event untuk United States Championship .

Secara keseluruhan persembahan , aku bagi 4 daripada 5 Bintang.

Harap datang lagi lah WWE ke Malaysia.

Salam Rindu Dari Penulis Blog.

*sumber dari http://stonepix.blogspot.com/

No comments:

Post a Comment

...

Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...

............